Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ASMB kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyediakan hamper kurma sempana Ramadhan tahun ini.
Tahun ini saya memilih konsep Suci Bulan Ramadhan sebagai tema hamper. Hamper ini diletak diatas pinggan empat segi berkerawang berwarna putih manakala kurma dan apricot di dalam kotak kertas bercorak Inggeris diserikan dengan madu Saudi Arabia. Saya kontrakan kain net berwarna 'off white' dengan bunga ros warna gelap dinaik serinya dengan riben satin dan organza.
Mudah2an kami dapat menyediakan hamper Syawal untuk ASMB juga hehehehe TQ kepada Puan MG! :)
Kalau you all berminat untuk 'custom made hampers', email saya ok? Kami menyediakan hamper yang halal untuk semua majlis dan perayaan.
No comments:
Post a Comment